Muhammad Ammar Mohd Sobri parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata bayi terbabit dipangku neneknya di bahagian belakang kereta yang turut dinaiki ibunya.
"Insiden dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik," katanya ketika dihubungi.
Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Nor Asikin Abu Bakar cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu di Kemaman, seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Km 115, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Baru Kerteh pagi Jumaat.
Mohd Jamal Musa, 39, dari Kemasek meninggal ditempat kejadian dalam kemalangan 7.15 pagi itu.
Jurucakap polis berkata mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Petroleum, Kerteh sementara pemandu kereta itu dari Kuala Lumpur mahu pulang beraya ke Dungun.