suria

Beberapa Kawasan Di Lebuhraya Utara-Selatan Mulai Sesak

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai dilaporkan sesak di beberapa kawasan tengah hari Jumaat.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik menghala ke utara dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai akibat lori terbakar di kilometer 294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

"Bagi hala selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Sedenak menuju ke Pulai Jaya akibat satu kemalangan di kilometer 32.6," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Sementara itu, bagi laluan ke Pantai Timur pula, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula berkata trafik mulai bertambah di Plaza Tol Gombak, tetapi masih lagi terkawal.

"Sedikit kesesakan berlaku di Plaza Tol Jabur di laluan lorong tunai," katanya. 


trafik, sesak, Plus

Artikel Lain