suria

10 Idea Untuk Persiapan Raya Saat Akhir

AIDILFITRI bakal tiba beberapa hari lagi dan pastinya ramai di antara kita yang terpaksa membeli-belah keperluan raya pada saat-saat akhir.

 

Jika anda salah seorang daripada mereka, usah bimbang kerana terdapat beberapa panduan yang anda boleh ikuti supaya anda boleh membeli-belah pada saat-saat akhir tanpa rasa tertekan.


Buat senarai:

Ia membantu menunjukkan idea yang jelas tentang apa yang perlu dibeli supaya anda tidak membuang masa berjalan-jalan memikirkan tentang barangan lain yang diperlukan. Nota senarai itu hendaklah bertindak hanya sebagai panduan. Banyak item mungkin kehabisan stok, jadi anda perlu kreatif dan mencari alternatif. 

Membeli Dalam talian:

Cara yang baik untuk mengelakkan kumpulan orang ramai adalah dengan membuat pembelian dalam talian. Beberapa kedai pakaian 'online' seperti Fashionvalet.com menawarkan pakaian tradisional yang boleh dihantar dalam beberapa hari selepas pembayaran. Pasar raya besar seperti Tesco Malaysia juga menawarkan kemudahan beli-belah dalam talian dan perkhidmatan penghantaran.

Tetapkan bajet:

Kita sering membeli lebih daripada apa yang kita perlukan apabila menghadapi kekangan masa. Tetapkan bajet dan ikutinya. Untuk membantu anda kekal dengan bajet ditetapkan, bawa hanya jumlah wang yang diperuntukkan dan jangan membawa kad kredit atau debit.


Pusat Beli-Belah Sehenti:

Anda tidak lagi mempunyai kemewahan atau inisiatif untuk berkunjung ke banyak kedai. Sebaliknya, pergi ke pasar raya besar atau pusat beli-belah di mana semua yang anda perlukan boleh didapati di bawah satu bumbung untuk menjimatkan masa.


Pertimbangkan kitar semula:

Sekarang mungkin masa yang baik untuk membawa keluar lampu hiasan tahun lepas dari almari. Jadi kreatif dan ubah susunannya. Kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar dan juga mengurangkan kos.


Pendekatan DIY:

Jika anda pandai memasak atau membuat sesuatu dengan sendiri, mengapa tidak mengambil pendekatan DIY (melakukannya sendiri)? Terdapat banyak resipi biskut raya lazat yang boleh diperolehi dengan cepat di Internet yang boleh anda cuba. Anda juga boleh membuat kraftangan sendiri sebagai hiasan di sekitar rumah.

Pecah dan Takluk:

Lebih ramai, lebih meriah! Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga anda tentang apa yang perlu dilakukan atau dibeli. Mulakan dengan kumpulan chat di telefon mudah alih untuk berkomunikasi antara satu sama lain terutama di kedai. Dengan cara itu, anda boleh mendapatkan lebih banyak barangan keperluan dalam jumlah masa yang lebih singkat.

Lain kali, mula persediaan awal:

Kami menasihatkan perkara ini setiap tahun, tetapi tidak ramai yang mampu mengikutnya. Ingatlah bahawa bahawa membeli-belah untuk perayaan boleh menjadi satu tekanan dan persediaan awal mampu mengurangkan kebimbangan sama ada makanan cukup atau tidak untuk tetamu yang datang melawat.


Elakkan membawa anak-anak:

Jika anda bergegas untuk menyelesaikan aktiviti membeli-belah anda pada masa yang terhad, membawa anak-anak yang masih kecil tidak akan membantu anda. Minta ahli keluarga atau rakan untuk membantu menjaga anak anda untuk beberapa jam atau tinggalkan mereka di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Jika anda perlu membawa mereka bersama-sama, ajar mereka bagaimana untuk meminta kakitangan pusat beli-belah untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan dan di mana untuk bertemu jika anda terpisah. 

Membeli-belah awal atau lewat:

Waktu awal pagi atau lewat malam biasanya bukan merupakan waktu puncak bagi pusat beli-belah dan pasar raya. Jika anda bukan seorang yang sanggup meredah lautan manusia untuk mendapatkan kuih raya, cuba pergi pada masa ini untuk mengelakkan orang ramai.
tip beli-belah saat akhir

Artikel Lain