suria

Aliran Trafik Perlahan Menuju Ke Ibu Negara

BERTAMBAH ... Kenderaan semakin memenuhi sekitar jalan raya ketika tinjauan sempena Hari Raya Aidilfitri yang masuk hari kelima di Lebuhraya Persekutuan di sini hari ini. Jalanraya sekitar ibu kota lengang sejak beberapa hari yang lalu kerana ramai warga kota pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidlifitri.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan perlahan berikutan orang ramai pulang ke ibu negara, setakat 1 tengah hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway, aliran trafik perlahan dari Seberang Jaya menghala ke Juru, Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan sebelum masuk terowong ke Ipoh.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Tapah, Km214 di Simpang Ampat ke Ayer Keroh dan Km106 Sungai Petani Utara menghala ke Sungai Petani Selatan.
 
"Walaupun kedua-dua kawasan terbabit dengan kemalangan, pergerakan trafik masih terkawal.
 
"Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Pantai Timur ketika ini masih lancar," katanya.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik

aliran trafik

Artikel Lain