Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dinasihatkan oleh Kuala Lumpur Aviation Fuelling System (KAFS) tentang perkara itu dan memutuskan penutupan sementara dari semalam (Rabu) dan dijangka sehingga Ahad tengah malam.
"Sebagai pengendali lapangan terbang yang mengutamakan keselamatan lapangan terbang dan penumpang, Malaysia Airports memandang serius perkara itu.
"Walaupun tiada apa yang perlu dibimbangkan, tindakan ini diambil sebagai langkah keselamatan, serta bagi membolehkan KAFS melakukan pemeriksaan terperinci," menurut MAHB dalam kenyataan.
"Malaysia Airports akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak kepentingan bagi memastikan penumpang tidak terjejas," menurutnya.
Sebagai sebahagian prosedur operasinya, Malaysia Airports juga telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Menurut kenyataan itu, Malaysia Airports akan dipandu oleh KAFS dalam melakukan sebarang kerja pembaikan yang mungkin diperlukan.