Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik perlahan bermula dari Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan sekitar Terowong Menora.
"Aliran trafik turut perlahan dari Sungkai ke Slim River dan dari Tapah menuju Bidor," katanya kepada Bernama.
Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik sangat perlahan dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ke Nilai akibat kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta di Km 278.5.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.