"Kita melarang makanan di gerai-gerai utama di sini dimasak oleh warga asing yang tidak tahu rasa sebenar makanan tersebut.
"Orang ramai datang ke Pulau Pinang kerana makanan popularnya. Kita tidak boleh bergantung kepada penjenamaan sahaja, ia tidak akan sama," katanya.
Nazri berkata, penduduk tempatan harus berbangga dengan makanan di Pulau Pinang dan menggalakkan generasi muda untuk mendalami cara masakan
makanan tersebut bagi mengekalkan standardnya.
Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri tersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Mutiara.
"Pulau Mutiara adalah permata, mahkota pelancongan Malaysia seperti yang kita ketahui," kata Nazri selepas melawat Lebuh Armenian sempena Festival Goerge Town (GTF) di sini Sabtu.