Mangsa dipercayai dibunuh berikutan terdapat kesan cedera pada badan, perut, betis dan pipi mangsa akibat senjata tajam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Shariffudin Abdullah berkata mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju T didapati terikat kedua-dua tangannya.
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.