Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Malaysia mahu negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersau (UNSC) untuk bersatu dan bertindak tegas bagi menamatkan segera pencerobohan terang-terangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
"Masyarakat antarabangsa juga termasuk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
"Malaysia juga menggesa Amerika Syarikat dan rakan sekutunya supaya segera menuntut Israel menghentikan kekejamannya ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya dalam satu kenyataan Ahad.
Muhyiddin berkata pembunuhan tanpa belas kasihan ke atas orang awam oleh tentera Israel adalah jelas tindakan keganasan dan jenayah perang yang boleh dihukum mengikut undang-undang antarabangsa.
"Dengan apa jua cara sekalipun, saya menggesa pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan," katanya sambil mengutuk sekeras-kerasnya ke atas pasukan tentera Israel yang terus menerus melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Muhyiddin berkata Malaysia telah menuntut agar Israel segera menghentikan segera pembunuhan kejam beramai-ramai dan perbuatan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza, Palestin.