suria

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Ke Utara Dan Selatan Perlahan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya menuju utara dan selatan perlahan terutama sebelum dan selepas Plaza Tol Damansara, setakat 9 pagi Isnin.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway, trafik ke utara juga perlahan dari Bukit Merah ke Bandar Baharu. 

"Selain itu satu kemalangan berlaku di Km 119 arah utara dari Bertam ke Sungai Petani namun aliran trafik lancar setakat ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu Bernama bahawa trafik arah selatan dari Permatang Pauh ke Perai perlahan.

Trafik juga perlahan dari Jalan Pahang di ibu negara ke Plaza Tol Batu, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), katanya.  

Untuk maklumat trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Plusline  1800-88-0000, atau Twitter  www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 atau Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel Lain