"Macam mana boleh curi idea orang lain dan menipu?...Ini tak mungkin berlaku (di Pulau Pinang) kerana kami ada sistem terbuka. Itulah perbezaannya...," katanya pada sidang akhbar, di sini Isnin.
Lim mengulas kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perbuatan 'menciplak proposal' yang beliau (Musa) dakwa berlaku dengan berleluasa di beberapa kementerian.
Musa berkata perbuatan itu boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun.
Lim berkata jika Musa mempunyai maklumat mengenai perbuatan sedemikian, Musa hendaklah mengemukakannya untuk siasatan, agar tindakan tegas dapat diambil.