suria

Kerajaan P.Pinang Tak Tahu Ada 'Pesta Sukan Bogel'

Lim Guan Eng.
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini. 

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.  

Terdapat rakaman video bertajuk Penang Nude Sports Games, turut dimuat naik dua bulan lalu dan ia tersebar meluas di media sosial, Vimeo. 

Video tersebut memaparkan 18 individu dalam keadaan bogel menyertai aktiviti sukan di pantai terpencil di luar Teluk Bahang. 

"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata, pihaknya akan menyiasat pesta sukan bogel yang rakamannya disebarkan secara meluas menerusi media sosial.

acara sukan bogel, Guan Eng

Artikel Lain