Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Jasri Abdul Jal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.45 tengah hari sebelum tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
Beliau berkata, tiga jentera bomba berserta 27 anggota dan pegawai termasuk 11 anggota pasukan bomba sukarela dari Balai Bomba Kudat dan Balai Bomba Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaran tersebut kerana faktor kedudukan rumah yang padat dan cuaca panas serta berangin di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat.