Selain itu, mesyuarat tiga pihak peringkat menteri antara China, Australia dan Malaysia juga akan diadakan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan komitmen kerajaan-kerajaan berkenaan dalam misi pencarian Penerbangan MH370 tidak pernah luntur.
"Selepas lima bulan menyertai misi mencari pesawat yang hilang, kami ingin memberi jaminan kepada anggota keluarga penumpang MH370 bahawa komitmen kami mencari pesawat itu masih konsisten dan turut diperkukuhkan," kata Liow.
Penerbangan MH370 itu dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi, kawasan yang menjadi tumpuan pencarian selepas operasi yang serupa di Laut China Selatan dan Laut Andaman didapati tidak berhasil.
Liow berkata bahawa operasi mencari di dasar laut di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dijangka mengambil masa yang lama.
Pada 6 Ogos lepas, kontrak bagi menjalankan pencarian pesawat itu di dasar laut selatan Lautan HIndi telah ditawarkan kepada firma Belanda, Fugro Survey Pty Ltd.