suria

Jawatan MB Selangor Tidak Penting, Parti Lebih Utama - Wan Azizah

Wan Azizah Wan Ismail dan Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Jawatan Menteri Besar Selangor tidak penting kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun beliau sedia memegang jawatan tersebut demi kepentingan negeri tersebut. 

"Gelaran Menteri Besar Selangor tidak penting kepada saya. Saya tidak berminat untuk mendapatkan kuasa. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk parti," kata presiden parti selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR pada Sabtu.

"Kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kami. Kami sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk Selangor," katanya pada ceramah bagi menerangkan krisis MB Selangor di Dewan Teratai di sini. 

Ketika sedang berceramah Wan Azizah secara tiba-tiba mengimbas kembali sejarah penubuhan parti itu, terutamanya ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan ditahan pada 1998. Bagaimana dia tidak dapat tidur apabila mengenangkan nasib suaminya dipenjara. 


"Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara, kita tidak ada sebarang jawatan dalam politik namun kita mempunyai matlamat ke arah itu," kata Wan Azizah. 

"Kita sedang melalui perubahan. Saya seperti 'dilahirkan semula' dan sudah bersedia  untuk bekerja untuk PKR," katanya. 

"Kita mahukan perubahan, tapi kita memerlukan sokogan rakyat. Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan," katanya.


Wan Azizah turut menolak tuduhan parti itu mengamalkan nepotisme dan beliau akan membuat keputsan berdasarkan kemampuannya serta berjanji untuk memajukan negeri tersebut.

Artikel Lain