"Tak adalah, tak ada kerjasama dengan Umno, tak ada kemungkinan. Tidak mungkin akan berlaku.
"Kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Sekiranya kita terpaksa berpecah, ia perlu ada konsensus. Ia bukan keputusan individu," katanya ketika ditemui sebelum pendengaran kes melibatkan beliau di Mahkamah Sesyen di sini.
Ditanya sama ada PAS akan bekerjasama dengan Khalid, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan sentiasa bersama pakatan sementara Khalid merupakan wakil rakyat Bebas.