PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses undi percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diangkat sebagai menteri besar yang baharu. Peringatan berkenaan dinyatakan penyandang kerusi panas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mendakwa telah memperolehi sokongan daripada 30 Adun pada Khamis. "Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. "Sungguhpun begitu, dakwaan itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya (terhadap menteri besar) di Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya menerusi laman sosial, https://twitter.com/Khalid_Ibrahim pada Khamis. Respon itu segera dinyatakan Abdul Khalid menerusi selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Berikutan Abdul Khalid berkata, pentadbiran kerajaan Selangor pimpinannya akan terus berjalan seperti biasa sehingga proses undian tidak percaya dibuat di DUN.