suria

Azmin Dapat Sokongan Jadi MB Selangor Di Twitter

Mohamed Azmin Ali
PETALING JAYA: Pengguna di laman Twitter mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali sebagai calon sandaran untuk menteri besar selepas PAS menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat dari parti.

"Jika DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) tidak boleh diterima semua puak PR mengapa tidak YB. Azmin Ali menjadi MB supaya PAS tidak perlu mengubah pendiriannya berkaitan wanita yang menjadi ketua kerajaan," kata @Mazri73 mengenai keutamaan PAS bahawa jawatan menteri besar mesti dipegang oleh lelaki bagi membolehkan pemimpin negeri ini menjalankan kewajipan agama dengan sempurna.

"Harap YB Azmin boleh memimpin di peringkat lebih tinggi, memberikan kepimpinan & menekankan perdamaian di kalangan pemimpin parti. Masa untuk menunjukkan anda mempunyai ciri-ciri pemimpin," tambah @megreat.

"Mungkin Azmin la yang kena naik afterall (selepas apa yang berlaku)," tambah @saimayub.

"Azmin is better la (Azmin lebih baik)..others (yang lain) tak layak..lagi..Azmin adalah senior di selangor," @HannZiq memberikan hujahnya.

"Saya jarang setuju dengan PAS, tetapi kita mesti memecahkan cengkaman PKR di Selangor. Azmin masih pilihan terbaik," tambah @ainulaizat.

"Ni bukan soal pro Azmin, cuma yang layak dan berkualiti harus diangkat, kesetiaan dia hingga kini ada yang pertikai?" kata @izzuddingadaffi. 

"Ia tidak akan jadi pelik sangat jika ia adalah Azmin. Terutama dengan kemasukan Wan Azizah yang hanya menjadi boneka, " kata @zarakahan.

"Come on Azmin. Ko jangan nak malukan orang Selangor la. Ko nak orang luar jadi MB ke," tanya @erk888.

Pada Ahad, keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin telah mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR selepas pemilihan parti diadakan. 

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada 22 Ogos dalam kongres parti selama tiga hari di Stadium Melawati, Shah Alam.

Pada Sabtu, Khalid telah dipecat dari PKR kerana enggan mematuhi arahan untuk melepaskan kerusi menteri besar untuk digantikan dengan Dr Wan Azizah.
Azmin Ali, krisis MB Selangor

Artikel Lain