ISMAILIA (Mesir): Misi bantuan kemanusiaan KelabPutera 1Malaysia (KP1M) yang sepatutnya memasuki Gaza petang Sabtu terpaksa bermalam di Ismailia. Ini kerana kargo yang membawa makanan dan bekalan ubat-ubatan tidak dapat mengikuti konvoi yang lain disebabkan masalah teknikal yang dihadapi di Kaherah. Mengikut perancangan awal, kumpulan seramai 83 sukarelawan perlu terlebih dahulu ke sempadan Rafah dan penghantaran kargo yang diluluskan lewat Jumaat akan menyusul kemudian, selepas kesemua 10 tan metrik muatannya dimasukkan kedalam kontainer. Namun selepas tiba di sini pada pukul 4 petang tadi waktu tempatan, kargo tersebut masih tersangkut. Pasukan sukarelawan termasuk dari Mercy Malaysia dan Majlis PerundinganPertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dijangka menuju semula ke sempadan Rafah kira-kira 300 kilometer dari sini pagi Ahad. Misi yang diketuai Presiden KP1M, KP1M president Datuk Seri Abdul AzeezAbdul Rahim berhasrat menyampaikan 5,000 kotak makanan dan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin. Kira-kira 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel diGaza sejak 8 Julai lalu.