Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin membuat laporan polis di balai polis daerah Kinabantangan terhadap Surendran yang didakwa membuat dakwaan tersebut dalam video di YouTube.
"Dia dilihat mempersoalkan keputusan mahkamah dan membayangkan bahawa perdana menteri telah menetapkan tarikh (sabitan liwat rayuan Anwar) dalam usahanya untuk melemparkan imej buruk kepada perdana menteri," kata Bung Mokhtar.
Dalam laporannya pada Sabtu, Bung menonjolkan petikan-petikan yang didakwa oleh Surendran yang juga merupapan peguam Anwar.
Bung Mokthar juga membuat dua laporan terhadap S. Krishnan dan Hassan Karim, yang didakwa menyiarkan kenyataan melalui Twitter bahawa Sultan Selangor telah bersikap berat sebelah terhadap masalah menteri besar yang melanda Selangor.
"Saya mahu polis menyiasat posting fitnah ini," kata beliau.