Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang kini mendapat restu sekutu Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS kini dilihat sebagai penghalang kepada rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai peneraju kerajaan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Satu sidang media turut dijadual akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu nanti.
Azmin kini muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.
Sebelum ini, PAS dilihat sebagai penghalang utama kepada proses menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor, bagaimanapun mesyuarat PAS Pusat pagi Ahad menyaksikan parti itu mengutamakan kerjasama dalam PR dengan menolak kepemimpinan Khalid kerana dipecat PKR.