Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang.
Katanya bapa kanak-kanak itu telah meletakkan kenderaan di sekolah itu tanpa menyedari anaknya sedang tidur di dalam kereta itu.
"Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini untuk bedah siasat.