Seluruh anggota persidangan meluangkan masa selasa seminit untuk bertafakur bagi menghormati kepulangan 20 jenazah mangsa nahas tersebut.
Kira-kira pukul 11 pagi, semua perwakilan yang diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berdiri serta menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat.
Turut sama ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad.