suria

Pesawat Bawa Waris Tiba Di KLIA

Skrin menunjukkan pesawat khas membawa jenazah penerbangan MH6129 dijangka tiba di KLIA pada pukul 9.41 pagi Jumaat.
SEPANG: Pesawat penerbangan MH19 membawa waris tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi Jumaat ketika negara sudah bersedia untuk menerima jenazah 20 mangsa penerbangan malang MH17.

Kakitangan media, berpakaian gelap atau hitam, tertumpu di kawasan itu seawal pukul 5.45 pagi, menunggu ketibaan pesawat MH19 dan penerbangan khas MH6129.

Penerbangan itu dijangka mendarat pada pukul 9.55 pagi dan hari berkabung kebangsaan tragedi itu akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang dijadual tiba di kompleks itu pada pukul 9.45 pagi. 

Rakyat Malaysia digesa untuk menyaksikan pengumuman secara langsung dan bertafakur selama seminit dalam tempoh yang ditetapkan.

Upacara ini akan disiarkan secara langsung. 

Penerbangan khas ini membawa kumpulan pertama jenazah meninggalkan Amsterdam pada pukul 9.40 pagi Khamis.

Orang ramai diminta bertafakur selama seminit di antara pukul 10.30 hingga 11.15 pagi sebagai tanda menghormati mangsa.

Jumaat diisytihar sebagai hari berkabung untuk mangsa Malaysia MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Semua 298 penumpang dan krew terkorban.

MH6129, MH19, waris

Artikel Lain