PILU... Berikut adalah gambar sekitar upacara pengembumian jenazah mangsa nahas penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine, bulan lalu. Pesawat khas membawa 20 jenazah penumpang dan anak kapal MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.55 pagi Jumaat. Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, (dua, kiri) melihat jenazah anaknya, Ariza Ghazalee, 46, dan cucunya, Muhamad Afif Tambi, 19, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di Kuching. Aqif Raqif, 6, (kiri) dan adiknya, Arissa Raisya,3, (dua, kanan) bersama nenek Habibah Ismail, 68 (kanan) menyirami pusara ibu mereka, Ketua Pramugari MH17, Azrina Yakob di tanah perkuburan Masjid Al-Hidayah Jalan Muazaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping. Noriah Daud, 57, (tiga, kiri) ibu kepada pembantu juruterbang tragedi pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi bersama keluarga tidak dapat menahan kesedihan sebelum jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya. Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied, 29, balu pembantu juruterbang tragedi MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi sebak selepas menyiram air mawar di pusara suaminya sambil mendukung anaknya, Abderrahman Ahmad Hakimi, sepuluh bulan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya. Nizam Ahmad, rakan setugas pembantu juruterbang, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi sebaki ketika mendukung anak Allahyarham, Abderrahman, 9 bulan, selepas solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat. LAMBAIAN TERAKHIR … Isteri mendiang mangsa tragedi MH17 Harbinder Kaur, 52, kelihatan sebak dan pilu sambil melambaikan tangan ke arah mendiang sebelum upacara pembakaran mayat dilakukan di Nirvana Memorial Park Shah Alam. Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, tidak dapat menahan kesedihan setelah keranda anaknya Ariza Ghazalee, 46, dan cucunya Muhammad Afif Tambi, 19, tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuching, menggunakan pesawat Charlie C130 milik TUDM untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Semariang pada Jumaat. Anak kepada pramugari pesawat MH17, Allahyarhamah Mastura Mustafa, Muhriz Marzaidi tidak dapat menahan kesedihan semasa melihat keranda jenazah ibunya di Masjid At-Taqwa setelah tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).