suria

Kongres PKR: Keupayaan Pakatan Rampas Sarawak Diragui

Sebahagian perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional PKR Ke-10 pada Sabtu.
SHAH ALAM: Perwakilan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ragu dengan keupayaan Pakatan Rakyat (PR) untuk merampas pentadbiran kerajaan Sarawak daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) itu.


Melahirkan kebimbangan itu, perwakilan Sarawak, Ronald Engan berkata, kepimpinan PKR perlu merangka gerak kerja jentera parti itu lebih awal jika mahu memastikan matlamat itu dicapai.

"Belum pasti lagi sama ada kita hanya nak tambah kerusi (Dewan Undangan Negeri) atau nak ambil alih (kerajaan negeri)," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.

Tegas Ronald, pimpinan PKR diperingkat pusat perlu turun padang dan memberi fokus kepada PRN Sarawak jika mahu menafikan penguasaan BN di negeri itu.

"Tetapkan fokus, kita mesti ambil alih (Sarawak)...jangan hanya tambah kerusi," katanya.

Pada PRN Sarawak 2011, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di negeri itu apabila memperoleh 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala DAP meraih 12 kerusi, PKR (3) dan Bebas (1).

PRN Sarawak, PRK, Kongres Nasional

Artikel Lain