Turut berangkat ke majlis itu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada sambutan pada tahun ini, sebanyak 149 gerai makanan dan minuman sekitar Pekan menyediakan pelbagai juadah raya termasuk makanan tempatan seperti nasi minyak, opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, cendol dan ketupat palas.
Walaupun negara masih dalam suasana berkabung berikutan tragedi pesawat MH17, sambutan tetap dilaksanakan secara sederhana demi memenuhi hasrat rakyat di Parlimen Pekan untuk beraya bersama anggota parlimen mereka.
Najib kemudiannya merasmikan trak Siri Jelajah Selawat Perdana yang akan menjelajah ke seluruh negara.