Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi di Batu 5 ½, Jalan Cheras.
12 galang terjatuh apabila pemandu treler membawa 16 galang konkrit untuk projek MRT bawah tanah Pudu, menekan brek kecemasan kerana trafik berhenti secara mengejut.
Daripada 12 galang konkrit yang jatuh, 10 daripadanya adalah galang dua tan, manakala dua yang lain adalah galang satu tan.
Dalam satu kenyataan, MRT Corp berkata syarikat itu akan menyiasat perkara itu dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab.
Menurut tweet Star Radio Traffic, trafik masih sesak sehingga pukul 2.02 petang walaupun 12 galang yang jatuh telah dialihkan.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Insiden ini berlaku selepas tiga pekerja Bangladesh di tapak projek MRT, Elahi Hossain, Alauddin Mollik dan Mohamad Faruk Khan terbunuh apabila dihempap landasan konkrit.