suria

Muhyiddin Ke Ankara Hadiri Majlis Pelantikan Presiden Turki

Muhyiddin Yassin
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas ke Ankara malam Rabu untuk mewakili kerajaan Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Turki yang dijadual berlangsung pada Khamis.


Pesawat khas yang membawa Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 10.20 malam Rabu.

Muhyiddin dijadual berlepas pulang ke Malaysia dari Ankara selepas majlis pelantikan itu dan jamuan rasmi malam Khamis.

Selepas 11 tahun menjadi Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan kini bersedia menjadi presiden pertama Turki yang dipilih rakyat dalam pilihan raya presiden 2014.

Pada 10 Ogos lepas, Erdogan memenangi pilihan raya itu dengan memperoleh 52 peratus undi.

Artikel Lain