suria

Pemimpin Abu Sayyaf Didakwa Miliki Senjata Api

KOTA KINABALU: Pemimpin Abu Sayyaf yang amat dikendaki, dikaitkan dengan beberapa penculikan di Sabah, didakwa oleh pihak berkuasa kerana memiliki senjata api secara haram.

Mobin Hailil atau Apo Kahumbo didakwa pada Khamis kerana memiliki pistol jenis a .45 Colt yang diisi dengan enam peluru dan sebuah bom tangan MK2.

Kahumbo, 44, ditahan di pusat pemeriksaan bergerak di kampung Sanga Sanga di wilayah Tawi Tawi pada Selasa.

Ketua Polis Tawi Tawi, Kol Joey Salido ketika dihubungi mengesahkan bahawa pemimpin Abu Sayyaf itu didakwa di sebuah mahkamah di Bongao, bandar pentadbiran Tawi Tawi yang berada di sempadan perairan dengan pantai timur Sabah.

Kahumbo akan terus direman sehingga menunggu perbicaraan.

Bagaimanapun, Kol Salido berkata, polis masih belum mendapatkan "saksi-saksi atau bukti-bukti" bagi mengaitkan Kahumbo dengan mana-mana penculikan di pantai timur Sabah awal tahun ini.

Beliau berkata, tidak pasti sebarang permintaan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk menyoal siasat Kahumbo.

Beliau berkata, polis Tawi Tawi masih belum mendapatkan sebarang bukti kukuh mengenai penglibatan Kahumno dengan penculikan rentas sempadan.

Kumpulan Abu Sayyaf masih lagi menahan dua rakyat Malaysia yang diculik dari pantai timur Sabah.

Pemilik sangkar ikan warga Malaysia, Chan Sai Chuin, 32, diculik dari Kunak pada 16 Jun, dan polis marin, Konstabel Zakiah Aleip, 26, diculik dari Pulau Mabul di perairan Semporna, selepas kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina menembak mati rakannya, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, pada 12 Julai lalu.

Apo Kahumbo, Abu Sayyaf

Artikel Lain