suria

Senapang Rampasan Tertera 'Made In The Philippines'

KOTA KINABALU: Selaras senapang yang dirampas dari Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna selepas satu pertempuran pada 2 Mac tahun lepas, tertera perkataan "Made in the Philippines" (Buatan Filipina), demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.

Ketika mengenal pasti senapang M16 itu, anggota Cawangan Khas Sabah (SB) Sarjan Mohd Mustafa Kamal Ngah menunjukkan perkataan tertera pada badan senjata itu, yang ditemuinya kira-kira 3 petang pada 3 Mac tahun lepas di dalam sebuah bot di bawah sebuah rumah di mana beliau terperangkap hampir 22 jam.

Turut berada di dalam bot itu ialah mayat seorang lelaki yang ditembak mati, katanya.

Ketika ditanya Timbalan Pegawai Raya Ishak Mohd Yusoff sama ada senapang yang ditunjukkan di dalam mahkamah itu adalah senjata sama yang ditemuinya pada hari itu, Mohd Mustafa Kamal mengakuinya dengan menunjuk sandang hijau pada senapang itu dan dua tali kain hitam yang diikat pada popor senjata itu.

Beliau juga berkata senapang itu tidak mempunyai magazin atau peluru di dalamnya ketika beliau merampasnya.
senapang, Kampun Simunul, Semporna

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan