Lagu Tanggal 31 adalah nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.
Menerusi e-mel kepada The Star, Tan berkata dia merakamkan video tersebut dan memuat naik di YouTube pada 20 Ogos lalu bagi membangkitkan semangat dan rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia.
"Saya hanya mahu berkongsi semangat merdeka melalui platform ini dan hakikat bahawa ia telah dikongsi oleh orang ramai adalah bonus yang besar," katanya.
Ditanya mengapa memilih lagu berkenaan, Tan berkata Tanggal 31 adalah antara lagu hari kemedekaan yang paling diminatinya.