suria

Pensyarah UM Azmi Sharom Dijangka Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Azmi Sharom.

PETALING JAYA: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom dijangka didakwa atas Akta Hasutan pada Selasa berhubung komennya yang dibuat di sebuah portal mengenai krisis Perak 2009.

Beliau dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan 4(1)(b) di bawah Akta Hasutan 1948.

Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.

Azmi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan beliau akan didakwa kerana mengeluarkan kenyataan itu.


Azmi Sharom, Akta Hasutan

Artikel Berikut

Artikel Lain