Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan. Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini," kata Saifuddin.
Saifuddin berkata surat itu dirangka olehnya sendiri dan kini sedang menunggu kelulusan kepimpinan parti.
"Mungkin ada perubahan kepada kandungannya, tetapi apabila sudah diluluskan," katanya.