suria

Tiga Anggota PPS Positif Dadah - Polis

Sebahagian daripada 154 anggota PPS di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
GEORGE TOWN: Tiga daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.


Beliau berkata, pemeriksaan polis juga mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis.

Semalam polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.

Mior Faridalatrash berkata, proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap 136 anggota PPS sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini bermula pukul 12 tengah Isnin.

"Sehingga pukul 1.30 tengah hari, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan lancar," katanya.

Tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati 20 peguam, termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut pagi ini manakala keadaan di luar ibu pejabat polis itu sesak dengan orang ramai yang berkumpul.


PPS, dadah

Artikel Berikut

Artikel Lain