PETALING JAYA: Sebuah unit rumah di tingkat tiga Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur terbakar, petang Rabu. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, anggotanya dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 5.17 petang oleh penduduk di flat terbabit. "Dua jentera bomba dan 22 anggota dikejarkan ke tempat kejadian yang berlaku di Blok D14. "Kebakaran berjaya dipadamkan 30 minit kemudian," katanya.