Wanita berusia 30-an dilihat berkelakuan mencurigakan di stesen bas Changlun sebelum sepasukan polis memeriksa bagasi miliknya kira-kira pukul 3.30 petang, Rabu.
"Kami mendapati lebih dari 40 adapter komputer riba di dalam bagasi itu.
"Oleh kerana berat adapter itu adalah berbeza-beza, kami mendapati lebih separuh daripadanya mengandungi syabu yang dimampatkan" kata Ketua Polis Kedah Datuk Kanan Ahmad Ibrahim dalam satu sidang akhbar pada Khamis.