Mohamad Fuzi sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuala Lumpur di sini yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.
Mohd Bakri menjawat jawatan itu sejak 17 Mei 2013.
"PDRM telah membentuk saya, mengajar saya erti kehidupan...telah memberi banyak pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain," kata Mohd Bakri yang menyertai PDRM pada 6 November 1975.