Sehubungan itu Majlis Syura Ulama PAS pada Ahad mengingatkan Jawatankuasa PAS Pusat supaya mematuhi arahan Hadi selaras dengan peruntukkan dalam Fasal 26(9)(m) Perlembagaan PAS.
"Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
"Menjadi kewajipan ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m)," kata Majlis Syura Ulama menerusi kenyataan di sini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu akan menolak sekiranya wakil rakyat mereka dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga pada sidang media selepas itu menegaskan parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor.
Baru-baru ini, Hadi bertindak mengabaikan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang hanya bersetuju menamakan dua calon daripada PKR untuk menduduki jawatan itu.
Difahamkan, Hadi menerusi surat berasingan kepada istana pada 3 September lalu menamakan tiga calon daripada PAS untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.