Penegasan itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Jangan berfikir kami tidak mahu melihat wakil PAS menjadi menteri besar...kami mahu. Ia adalah cita-cita kami.
"Tetapi sekarang bukan masanya. Kita akan berusaha ke arah itu," kata Salahuddin ketika ditemui di sini.
"Kami menyerahkan perkara ini kepada sultan. Kami tidak akan meminta jawatan itu," katanya.