Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan berkata individu berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada Selasa.
"Hari ini mahkamah membenarkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam," kata SPRM pada Rabu.
Menurut kenyataan itu lagi, SPRM turut memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk melanjutkan tempoh reman ke atas 11 pegawai kastam pelbagai pangkat yang ditahan sebelum ini.
"Dalam pada itu seorang lagi pegawai yang juga bergelar 'Datuk' disambung reman selama enam hari," katanya.
SPRM sebelum ini mendedahkan menahan 22 individu, termasuk seorang Pengarah JKDM negeri yang disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.
Daripada jumlah itu, 12 daripada mereka merupakan pegawai JKDM manakala 10 lagi merupakan pemilik syarikat dan ejen mereka serta pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.