Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut meminta maaf kepada calon dan ibu bapa mereka.
"Saya harap ini tidak berulang kerana ia mengganggu pemikiran pelajar dan ibu bapa. Ia sesuatu yang saya rasa dukacita dan kita akan atasi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di sini, Rabu.
Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan hari ini mengumumkan kertas peperiksaan itu ditangguh setelah kandungan soalannya didapati bocor.
Bekas penolong pegawai pendidikan daerah (pengurusan sekolah) Tumpat Mat Razi Mat Ail, 48, dinamakan sebagai calon BN pada PRK itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.