suria

UPSR Bocor: Jurutera Antara Tujuh Ditahan

PETALING JAYA: Seorang jurutera berusia 34 tahun ditahan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan jumlah yang ditahan kepada tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong berkata  lelaki tersebut ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin di Kemaman, Terengganu.

Menurut Gan, lelaki tersebut akan direman pada Selasa.

Terdahulu, seorang guru besar dan dua orang guru antara enam yang ditahan berhubung insiden tersebut sehingga memaksa murid-murid untuk menduduki semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September ini.

Antara yang turut ditahan adalah dua orang guru dan seorang ejen insurans.

Gan berkata polis merekodkan keterangan daripada 12 individu termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia dan lima guru.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur menahan enam individu dengan dua daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis.
UPSR, bocor, jurutera

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan