Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), hampir kesemua negeri di Semenanjung mencatatkan IPU sederhana dengan hanya Langkawi, Kedah (43), Jerantut, Pahang (49), Tanjung Malim, (42) dan Jalan Tasek, Ipoh, Perak (50) yang mencatatkan bacaan sihat.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas tahap berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.