Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Mohamad Zulhilmi Zilkifli, sepasukan 65 anggota Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis menyerbu satu tapak pembinaan pada 11 pagi setelah menerima maklumat orang ramai.
"Pekerja warga asing itu cuba melarikan diri dengan ada yang menyorok di siling bangunan apabila serbuan dibuat namun dapat dikepung," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Mohamad Zulhilmi berkata seramai 108 orang diperiksa termasuk orang tempatan dan hasilnya 86 orang disyaki PATI iaitu 79 lelaki dan lima perempuan berumur 15 hingga 60 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar ditahan.
Katanya mereka didapati melakukan kesalahan dengan tinggal melebihi tempoh dibenarkan, tiada permit kerja dan tiada dokumen perjalanan yang sah.
"Siasatan juga dibuat untuk mengetahui sama ada PATI berkenaan menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh sindiket tertentu," tambahnya.