Kereta tersebut dibina menggunakan platform terbaharu untuk pasaran tempatan dan global.
Kereta jenis hatchback itu didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium - dalam tujuh warna.
Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.
Turut hadir pada pelancaran itu adalah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kereta tersebut mula berada di bilik pameran Proton pada Khamis.