suria

Projek MRT: Sebahagian Jalan Sultan Ismail Ditutup

KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Sultan Ismail di sini akan ditutup selama sebulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menggali terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT).

Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd pada Jumaat, penutupan akanbermula dari 7 Oktober hingga 6 November dari pukul 11 malam hingga 5 pagi setiap hari melibatkan penutupan penuh satu malam diikuti penutupan satu lorong.

Semasa penutupan itu, pengguna menuju Jalan Raja Chulan perlu membuat pusingan U di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan P.Ramlee.

"Berikutan penutupan ini, penutupan satu lorong melibatkan laluan 150 meter pada laluan paling kanan terletak antara hotel Wolo dan Maybank akan dilakukan pada 8 Okt hingga 6 Nov dari pukul 11 malam hingga 5 pagi.

"Tiada penutupan dilakukan pada Jumaat dan Sabtu malam," kata kenyataan itu.

Sementara itu kerja-kerja letupan akan turut diadakan dari 7 Oktober hingga 22 Mei 2015 di kawasan pembinaan di Jalan Bukit Bintang (bersebelahan bekas bilik pameran Audi).

Kerja-kerja letupan akan dilakukan antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan tiga letupan sehari.

MRT, Jalan Sultan Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain