Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Transfer, Jalan Gurdwara, Jalan Macalister, Jalan Anson, Jalan Scotland dan Jalan Mount Erskine.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata paras air dianggarkan antara 0.3m hingga 0.9m.
"Ukuran hujan yang turun di Bukit Bendera, Batu Lanchang dan Sungai Pinang antara 51.5mm hingga 71.5mm," kata beliau dalam mesej pesanan ringkas kepada media di sini, Jumaat.
Bagaimanapun, sehingga pukul 11 malam banjir masih belum surut tetapi tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.