Komander Tentera Laut Wilayah II Datuk Rosland Omar berkata Christopher Mani, yang mengalami sakit di bahagian perut, dan Steve Hudson, yang terkena kejutan elektrik, diterbangkan ke pangkalan pada pukul 6.13 petang.
Beliau berkata kedua-dua mereka dengan segera dikejarkan ke hospital untuk mereka menjalani rawatan.
Rosland berkata, keluarga kedua-dua anak kapal berada bersama-sama dengan mereka di hospital.
Kedua-dua kapal dijangka tiba di pengkalan di antara pukul 11 pagi hingga 7 malam pada Rabu bergantung kepada cuaca.
CB204 dalam perjalanan ke Layang Layang apabila ia terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus, kira-kira pukul 11.15 pagi Ahad.
Tentera Laut, lewat Isnin mengesahkan bahawa semua tujuh anak kapal selamat.