Cabang pegangan pelaburan Malaysia itu berkata pencarian CEO baharu masih diteruskan dan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas pertimbangan yang sewajarnya dan berunding dengan pemegang saham khas, Menteri Kewangan Diperbadan.
"Keputusan akan diumumkan apabila tiba waktunya, dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan sebelum ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan pada Isnin bahawa seorang warga asing merupakan antara tiga calon yang telah disenarai pendek, termasuk rakyat Malaysia, yang dipertimbangkan bagi jawatan itu.
Pencarian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan syarikat penerbangan nasional itu di bawah Pelan Pemulihan MAS 12 perkara.